Wednesday, 10 December 2014

HANDPHONE UMPAMA TEMAN ISTIMEWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masakini handphone merupakan suatu keperluan. Suatu kemestian. Hampir kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas memiliki handphone. Malah terdapat juga adik-adik dan anak-anak kita yang berada dibangku sekolah menengah dan rendah turut memiliki handphone di mana kos pembelian handphone dan bil bulanan ditanggung oleh ibubapa.

Fenomena ini berlaku kerana gaya hidup masakini telah berubah kesan dari pembangunan ICT dan penggunaan jalur lebar sebagai wadah komunikasi dan  ledakan media baru yang membuatkan manusia menjadi teruja dengan ICT.

Handphone pada masa kini telah jauh lebih canggih berbanding dengan handphone di tahun 90an. Handphone masa kini dikenali sebagai SMARTPHONE iaitu handphone pelbagai fungsi selain dari untuk menelefon dan menghantar SMS ia berfungsi sebagai telefon, radio, jam , perakam suara, kamera, komputer dan perakam video.

Ke sana sini orang ramai bersama handphone masing masing. Handphone umpama teman istimewa,
Tanpa handphone anda pasti rasa kehilangan.

No comments:

Post a Comment