Monday 15 December 2014

MENGENALI SIMCARD AJAIB PUNCA REZEKI

Apakhabar semua,
Semoga ceria selalu,

Handphone dan Simcard tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu.
Tanpa simcard handphone tidak dapat berfungsi untuk membuat panggilan, menghantar dan menerima mesej berwasap berinternet dan sebagainya.

Di dalam post sebelum ini mungkin anda semua telah melihat dan melayari link website menjana pendapatan dari handphone. Website tersebut terlalu panjang dan mungkin memerlukan masa untuk anda memahami isikandungannya.

Di dalam post ini saya ingin kongsikan dengan anda semua bagaimanakah kita dapat menjana pendapatan dari menggunakan simcard tertentu.

INILAH SIMCARD YANG DIMAKSUDKAN

Mungkin anda pernah melihat simcard di atas dan mungkin juga inilah kali pertama anda melihatnya.

Beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui mengenai simcard ini :-

1.Dinamakan Tone Excel WOW di bawakan oleh Tune Group iaitu kumpulan perniagaan yang memiliki Air Asia, Tune Hotel & Tune Talk.
2.Tidak dijual di kedai-kedai handphone/kedai runcit/penjual top up.
3.Dijual melalui referral program atau program rujukan oleh ahli-ahli berdaftar sahaja. Maksudnya kad ini diedarakan oleh ahli yang telah berdaftar dengan pihak syarikat dan mempunyai ID sahaja.
4.Kad ini adalah berbentuk prepaid 
5.Top up menggunakan topup Tune Talk yang boleh didapati di kedai handphone, 7 eleen, stesyen minyak bank tertentu serta lain-lain tempat menjual top up di Malaysia.
6.Kad ini berfungsi seperti mana simcard  jenama TELCO yang lain iaitu berfungsi untuk melakukan dan menerima panggilan, mesej dan berinternet.
7.Kelebihan kad ini berbanding simcard yang dikeluarkan oleh TELCO lain ialah pemilik simcard TONE EXCEL WOW  dapat menjana pendapatan sampingan dari penggunaan handphone. Bagaimana ianya menjana pendapatan? 

BERSAMBUNG DIPOST YANG AKAN DATANG

Wednesday 10 December 2014

RAHSIA SIMCARD WOW

HANDPHONE SUATU PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bertemu lagi.

Tahukah anda bahawa handphone adalah sumber rezeki. Ini kerana handphone merupakan suatu keperluan masakini. Mungkin anda tidak dapat dipisahkan dengan handphone khususnya generasi Y yang begitu asyik dengan media sosial samada untuk tujuan sosial mahupun perniagaan online.

Bagaimana ianya dikatakan sumber rezeki??

Ketika ini talian telefon berdaftar di Malaysia ialah 34.4 juta meliputi
POSTPAID 6.8 juta dan PREPAID 27.6 juta

Peluang perniagaan utama yang wujud dalam pebagai bentuk seperti berikut:-
a) Penjualan Handphone
b) Penjualan Aksesori Handphone
c) Pembekalan bahan bahan bercetak seperti pamplet, flyers, signboard
d) Bisnes Pengiklanan Handphone
e) Bisnes Top Up Handhone
f) Bisnes Simcard

Banyak lagi pelung perniagaan lain kesan dari kewujudan handphone di alam ini.
Dengan kata lain HANDPHONE SUATU PERNIAGAAN

Jumpa lagi di post akan datang di mana saya akan ceritakan bagaimana mencari pendapatan sampingan dari BISCARD SIMCARD.

Jumpa lagi

Admin






HANDPHONE UMPAMA TEMAN ISTIMEWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masakini handphone merupakan suatu keperluan. Suatu kemestian. Hampir kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas memiliki handphone. Malah terdapat juga adik-adik dan anak-anak kita yang berada dibangku sekolah menengah dan rendah turut memiliki handphone di mana kos pembelian handphone dan bil bulanan ditanggung oleh ibubapa.

Fenomena ini berlaku kerana gaya hidup masakini telah berubah kesan dari pembangunan ICT dan penggunaan jalur lebar sebagai wadah komunikasi dan  ledakan media baru yang membuatkan manusia menjadi teruja dengan ICT.

Handphone pada masa kini telah jauh lebih canggih berbanding dengan handphone di tahun 90an. Handphone masa kini dikenali sebagai SMARTPHONE iaitu handphone pelbagai fungsi selain dari untuk menelefon dan menghantar SMS ia berfungsi sebagai telefon, radio, jam , perakam suara, kamera, komputer dan perakam video.

Ke sana sini orang ramai bersama handphone masing masing. Handphone umpama teman istimewa,
Tanpa handphone anda pasti rasa kehilangan.

Monday 1 December 2014

WELCOME

Welcome
Selamat datang
ke rezekihandphone.blogspot.com

Bersama Berkongsi Informasi Terkini